Assalamualaikum..
Lama sgt x update post sbb sangat bzy dgn jadual kehidupan masing-masing. Alhamdulillah tanggal 26 May 2015, saya telah selamat melahirkan seorg puteri weighted 2.6kg di Mahsuri, Jitra Kedah. Pengalaman bersalin pada kali ini pastinya suatu pengalaman yang berlainan.
25 May 2015
Petangnya saya menyambut kepulangan ayahanda tercinta dari umrah. Saya sebenanrnya rasa tidak berapa sedap hati kerana baby kurang bergerak. Then, setelah bincang dengan mak saudara semua, lepas maghrib saya bertolak ke mahsuri, konon hendak check keadaan baby.
Then, doc check ckp air ketuban saya skit (lebih kurg kes firdaus) tapi kali ni doc concern sbb takut baby terbelit umbilical cord. Then suggest tok induce. saya x berapa nak. Doc minta check bukaan. Check tgk dah 2cm nk masuk 3cm. Haaaah???? Terkejut saya.. sbb x sakit n trun tanda apa. Then doc ckp x payah induce tapi kna warded sbb dah buka jalan. Saya minta balik kejap ambik barang2 semua. Lepas tu dalam pkul 11.30 warded.
26 May 2015
Start pkul 1am ke atas dah start rasa contraction y kuat. tapi masih boleh tahan, x brp sakit sgt time tu. makin lama makin sakit. masih bertahan x mau ambik apa2 medical epi ke ape. Start kul 4am tu mmg x tahan sangat saya minta check bukaan and minta apa2 ubat. By that time dah 5cm, diberi ubat cucuk montot konon boleh buat rs mengantuk tp sakit tetap rasa mcm biasa. Then,ada la rasa mengantuk2 skit. tp x la sangat. contraction dtg setiap 5 minit. pelik sangat sbb nurse mcm rilex x bawa g labor room ke ape. Doc pun x call lagi. Walhal saya ni dah penah branak sblm ni. gap antara anak pun dekat. Patut bukaan cepat. Dalam kul 5.30am mcm tu rs nk terkencing. sakit pun dah mcm x boleh nk tahan. G kencing x kluar kencing, rs nk teran ja. Panggil nurse check dah 7cm. Kelam kabut 2 org nurse panggil doc, tolak katil nk bg masuk labor room. Dalam labor room saya mmg nk teran sangat.. sambil ckp nk teran sgt nehhh... Berlari ke sana sini nurse tu . Kaki semua pun x sempat setup. Dia ckp x sempt tunggu doc, diorg y sambut. Teran 4 5 kali, Alhamdulillah, selamat. Nurse letak baby atas perut. nangis2 dia. Perasan banyak plak darah. Time firdaus dlu x de darah sgt pun. 5 minit lepas bersalin doc pun sampai. Doc check luka banyak, 2nd degree tear. Patut pun banyak darah. Mak yang teman dalam labour room. Lakiku x sempat. Sob.. Sob.. Udah berkali call suruh balik awal, tapi dia kna g singgah ambik mertua kt kuala selangor. Kiranya dia x penah teman saya tahan sakit contraction. Sedihnye.. tapi x pe la. dah selamat. Mak cakap nurse tu tadah tangan jer sambut baby.. huhuhu.. maybe sbb tu luka byk jgk. nasib la bersalin x sempt doc sambut. Terkilan skit dgn service mahsuri, 5cm masih rilex x bawa masuk labour room. dah 7cm kelam kabut habis. Doc tanya, tahan sakit x nk jahit, opp kossss....jawapannya x tahan.. Doc bagi ubat tido. Sedar2, masih dalam labour room tapi dah berjahit. Mak mertua, bapak mertua n suami pun sampai. Minta nak bf baby, tp nurse ckp baby kna bg fm dlu sbb saya ambil ubat tok jahit. takut lepas ke baby. Adus.. redha je la.. niat x nk langsung sumbat fm.
Dah pndah ke bilik, dapat la jumpa baby + sedara2 dtg melawat. Doc yang bersalin tu Dr Haida. Siangnye Dr Rohana datang check baby and check jahitan. Semua ok cuma kna tunggu baby pee. Poo dah byk kali tapi pee belom. Saya konon marmet la colestrum dlm spoon sbb baby mcm x pandai hisap nipple lg. Minta shringe nk suap kt baby. Nurse yang dtg tu ckp kl bg dlm botol susu fm dia akan hisap lg efficient. Haa.. sudah.. Mahsuri ni x bf friendly ke? Then datang sorg lagi nurse ckp bill dah print kluar, tapi baby x pee lagi so diorg nk suap lg fm supaya baby kencing. Adoi.. Mesra FM diorg ni.. terpaksa la redha.. dah selang beberapa jam dekat maghrib, dtg plak sorg lg nurse ckp baby x pee lagi, jadi dia suggest buat surat untuk risiko sendiri keluar hospital. Kl baby sampai esok x pee, diorg suruh bawak dtg balik baby. Adoi.. dah sumbat fm pun x kencing2 jadi sia2 plak. Bill kena dalam rm2300. Murah skit je dari Az-Zahhrah Bangi.
Dah bawa balik try bf tp baby x brp pandai. Habis sekeliling suruh sumbat fm. Bagi la fm dalam botol, x reti jgk dia hisap tp dia hisap jugak mn2 y menitis atas mulut. Tanpa putus asa, bf jgk la si Jannah. Lama2 dia mcm pandai hisap dua2 belah. Tapi still mix dgn fm la. Family aku jenis x penah fully bf anak. So mmg sekeliling akan PAKSA jgk topup fm. Apa nak buat, nasib. Awal2 tu Jannah mmg merenggek mcm nk susu je like sepanjang masa mcm x puas. Aku bf je sekerapnya, x nak belah ni, bagi sebelah lagi, then pusing balik, patah balik.. hahaha.. sampai dah 2 3 kali rotate nangis2 sampai ayah aku jeling maut suh bg fm. Baru la aku bagi skit. Tu pun 0.5oz jer. Mmg dia hisap mcm org lapar gila. Semua org tgk maka mengukuhkan aku salah."tgk anak hisap.. lapar dia" Ye, tau la susu aku x banyak lagi, tapi rasanya cukup je sbb perut dia pun mmg x besar sgt. Dugaan sekeliling ni mmg menguji kesabaran n iman. nak buat mcm mn.
Kuning plak hari ke 3 naik sampai 191. Aku bg je bf sekerap habis. Boleh kate setiap saat mmg keje menghisap je. Mak aku bawak g check kuning, nurse bebel kata sumbat botol tu y kuning dok naik. Then, baru mak mcm tersedar n galakkan aku bf baby byk2. Esoknya, naik skit je 195. Then masih cekal bf sepanjang masa. tapi rs mcm susu makin ada. Jannah pun dah x meragam kl hisap susu. Start from that day, mmg kunig trun mendadak 164. Then dah kurangkan kekerapan check kuning. Susu plak makin lama makin banyak plak. tapi si Jannah ni mmg kerap minta susu. Skrg, semua ckp susu aku dah ada, jadi baby pun tido nyenyak... emm.. ye la.. malas nk bahas isu bf ni.. ckp salah, pendam sendiri je la.
Alhamdulillah arini hari ke 8. Kuning pun trun lagi 152. Harap2 akan trus trun, susu makin banyak and aku boleh start makan ubat bersalin salindah.
Next entry akan aku update berkenaan Cloth diapering dua2 anak (firdaus n jannah) and Cloth Pad (Postpartum).. Saya mmg support green life and natural parenting. Stay Tune!
Wednesday, June 3, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment