Friday, September 2, 2016

Redha atau tidak?

Posted by Zila at 4:12 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Fuhhh.. Fuhhh.. tiup habuk.. lama sangat update sebarang perkembangan. Terlalu buzy dengan kehidupan bersama seorang suami tercinta dan 2 org anak (baru 2 org anak). Sepanjang kehadiran anak kedua saya pelbagai pahit, manis suka duka berselang seli bercampur baur.

Firdaus dilihat perkembangan yang lambat dari segi speech dan ada some signs of autism. Buat masa sekarang, tiada sebarang maklumbalas dari pihak hospital serdang berkenaan appointment yang seterusnya. Jadi dipendekkan cerita, saya dan suami bawa firdaus utk assessment di An-Nur. Setakat ini, doc masih belum sahkan bahawa firdaus ini autism atau tidak kerana doc masih mahu lihat perkembangannya. Sementara itu, firdaus join program terapi di Excel Caliph di HQ Bangi. 

Setakat la ni (sekarang), Alhamdulillah firdaus seronok pergi terapi dan banyak perubahan positif. Antaranya:-


  1. Sudah mahu toleh dan lihat bila dipanggil.
  2. Faham arahan simple seperti cari botol susu, tanggal kasut, beri barang bila kita minta dll.
  3. Puzzle skill agak mengagumkan. Settle simple puzzle tok 3years+ dlm masa y singkat. 
  4. Sudah boleh dibawa jalan kemana-mana tanpa stroller. Kurang berlari sana sini.
  5. Dan byk lg. (x larat nk taip byk)
Terapist itu sendiri cakap kalau firdaus ada autism pun maybe border shj. Doa2 la firdaus beri perkembangan positif terhadap terapi. Antara kengkangan utama yang saya dan suami hadapi is MONEY. Terapi swasta normal rate memang mahal (RM480), tapi demi anak saya banyak pujuk suami tok teruskan juga memandangkan firdaus seronok dan beri perkebangan positif. Dengan keadaan suami seorang berkerja, bayaran semua bil terletak kt batu jembala dia, i know abang. Berat sangat nak tanggung. Selalu juga suami mengeluh, kawannya boleh simpan 1k sebulan, buat umrah bla.. bla.. bla.. dll.. duit yang kami ada pula cukup2, kl dibuatnye emergency ke apa mmg silap2 -ve. Saya selalu sabarkan, sabar la abang, nanti sy keje hidup kita maybe berubah, hidup kita makin senang. Tapi sementara tu mmg mendengar je la org sekeliling baik family sendiri, family mertua, sedara2.. Hidup mesti ada turun naik. 


Suami plak jenis cermat jimat and kadang2 bergaduh juga bila kdg2 melencong ke arah kedekut. Y bini dia plak sometimes boros (esp bila melibatkan barang untuk anak2), x reti jaga barang dan mcm2. Hari ni merupakan hari ke8 kita berpuasa and sy still x pernah rasa and tgk makanan di bazaar ramadhan. sedih x? suami katenya nk berjimat la makan kat rumah. masak sendiri jimat, walhal kita tgk bukan x de duit pe sgt pun y x nak langsung makan luar langsung. Iye. Saya mmg ok jer masak, sbb sy jenis org y masak setgh jam je kt dapor. masak bodo2 jer lauk 2 3 jenis sudah. ada protein, fiber (sayur) and benda2 berkuah sikit cukup. Alhamdulillah la anak2 pun semua turun belah suami, x kisah pe sy masak, makan tambah je 2 pinggan.


macam2 la ragam. setakat y mampu kita isteri ikut je la.. ragam laki memasing kan.. dia x perfect, kita isteri pun x perfect. pakat sama2 tolak ansur je la.. sy ni lak sakit tiroid hormon x stabil slalu. keje nk marah je hangin satu badan kl x kena pape. Tgk tv mmg keje nangis jer sbb rs sedih sgt dgn jalan cerita masing2. sampai suami pernah ty nape nangis. sy ckp sedih la tgk ni. emm.. permainan hormon. benda y sy susah nk kawal sometimes. dia ibarat perempuan hormon x stabil time dtg bulan darab kuasa 3. Sabar je la. Saya pernah tgk conference kat tv9 ka mn x tau. penceramah dia prof org arab. kata2 dia mmg buat sy berfikir. dia ty biasakah kita rasa penat sangat jaga anak2, jaga suami, jaga rumah, jaga kucing, jaga pokok, kena masak, cuci dan mcm2 tetapi tiada siapa berterima kasih pada kita? suami sendiri pun tidak berterima kasih? ramai mak2 dlm tu mengangguk. Dia cakap, biarlah kl suami dan anak2 sendiri x reti nk berterima kasih. Kita kena tau, apa pengorbanan y kita buat jg suami, anak2 rumah semua Allah nanpak. Satu butir zarah pun Allah x terlepas. Dah la Allah py balasan amat manis. Jadi x perlu layan perasaan terasa hati semua tu. Allah balas manis sgt nanti. InshaAllah.


Memandangkan saya dan suami ada kengkangan masalah duit, terapi firdaus telah bertukar once in 2 weeks.. means 2 times in a  month. So skrg sy byk rancang aktiviti y sy boleh lakukan untuk home theraphy. InshaAllah from time to time i will update the activities and how i do the theraphy. Since i am currently doing my research, mmg mencabar untuk mencari masa untuk buat terapi. actually terapi ni x semestinya kita duduk semeja and buat aktiviti. semua perkara kita kena  lakukan di hadapan anak adalah terapi. How kita terlibat dlm segala aktivitinya, bagaimana kita bercakap dan bagaimana kita approach anak supaya kita ni boleh join dlm aktiviti dia. Ada few group fb yang saya ikut untuk buat terapi. Sapa y berminat boleh click the links. Kebanyakkan darinya berasal dari pengalaman mommies y ada anak autism.

Melihat tajuknya, redha atau tidak? Kita sememangnya akan diuji dalam pelbagai bentuk, cabang, warna, keadaan, situasi mcm2. Dugaan ini semuanya datang dari Allah untuk lihat sejauh mana kita ingat dengan Allah. Allah hendak duga kita, sejauh mn kita sayang dekat Allah. Benar. 

Melihat perkembangan firdaus yang 'lain' dari kanak-kanak lain, saya sudah terdetik dalam hati. Adakah aku sudah cukup kuat nak tempuh dugaan semua ni? Benda2 yang melibatkan anak ini lain dari penglibatan diri sendiri, lain dari keluarga ayah ibu adik beradik. Dia bonding dia lain. Terlalu dekat. Ibarat, kl cubit peha kiri, peha kanan terasa juga sakitnya. Jika nk ibarat bonding ibu dengan anak, cubit peha kiri, peha kanan sakit lebam dan bernanah. Begitu jugalah apa yang saya rasa ketika ini. Pandangan org luar terhadap firdaus. Pandangan keluarga sendiri terhadap firdaus. Penerimaan mereka terhadap keadaan firdaus. 

Saya tahu kita manusia ini x sempurna. Begitu juga saya, bila saya bersemangat, aura positif itu berjaya lenyapkan segala sangsi dan kesedihan. Tapi pabila bertalu2 telinga dan mata ini melihat layanan bias yang diterima oleh firdaus esp dari keluarga sendiri, saya rasa pilu, sebak sedih teramat sampaikan air mata pun saya x terasa meleleh di pipi. Sejujurnya, saya redha, saya terima kurang lebih firdaus. Tetapi, hati sanubari saya sangat positif y keluarga saya masih x dapat terima keadaan firdaus. He is so special. You just need to know him. Firdaus memang berbeza dari cucu2, sepupu2, anak2 sedara yang lain. He just being different, bukannya perlu layanan yang 'different' dari org lain2. Ntah lah, memang ini habuan dugaan saya, saya ke terima, saya kena redha. Ini semua aturan Allah. Sesungguhnya, ini adalah yang terbaik.

Okeh. tutup bab itu. x mau dah pandang2 benda -ve. Nanti kita pun jadi -ve. G masak lagi bagus. Perut pun dah lapaq. Jom masuk dapoq bakaq apa y patut. Bubbye..












Monday, June 20, 2016

Terapi OT Dengan Teacher Baru

Posted by Zila at 11:56 PM 1 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya,

Rini firdaus g terapi di excel caliph, bangi. Oleh kerana jadual sudah dianjak awal setengah jam berikutan jadual bulan puasa, firdaus dpt slot paling awal start 8.30am. maknye pun seram2 awal tu takut firdaus x bangun awal sbb tido lewat ke mcm2. Alhamdulillah dia tido awal. So, sempat berkejor g terapi even tho lewat 10 minit. :-P 

Teacher Firdaus sebelum ini adalah teacher ami, tp oleh kerana nk ubah jadual supaya jadi 2 minggu sekali g terapi di excel caliph, teachernye kena ubah jgk sbb nk bg seiring dgn seorang lg student y schedule sama 2 minggu supaya boleh selang seli sesi terapi. Sekarang firdaus dpt teacher baru, teacher wawa. Actually teacher wawa ni dah lama dah zila dok sembg2. Baik sweet gitu. Pregnant dlm 6-8bulan. So, takut2 jgk kl dia x nk dgn teacher baru. 

Awal2 tu teacher ami y jemput masuk, then x lama tu dgr firdaus dok nangis. Dok terfikir 2 benda jer, samaada diorg buat oral massage or diorg tukar game. Firdaus mmg belom overcome prob oral2 ni sepenuhnya. Sekarang dia ok boleh buka mulut bg kita gosok gigi sikit2, tp lama2 dia x mau. Kl buat massage tu mcm dia x suka lg. 1 more dia mmg akan nangis kl dr 1 game nk pindah ke game lain nangis juga. dia nk main lg game tu, x dpt nangis lg. fuhhh..   

Nasib dengar nagis x lama, then dah habis sesi nangis lagi.. hahahha.. itu ler keje dia, nk main je, g terapi x nak balik. Then postmortem, teacher wawa ckp firdaus boleh buat task kt meja sampai habis, dia x de prob dlm kognitif. Cuma prob hari ini bila teacher buat PROPRIOCEPTIVE ACTIVITIS, firdaus x nak, dia beria2 nagis. Terpinga2 zila ty apa tu? buat mcm mn? Then teacher terangkan sal sensory py therapy, proprioceptive. So zila sertakan maklumat dari sini as maklumat tambahan la bagi kita sama2 lebih memahaminya.

Proprioception - Information from the muscles and joints.

Proprioceptive activities are excellent sensory integration activities for kids who are always craving movement and crashing into things. They can also help stimulate a lethargic child.

Proprioceptive activities can be passive, where deep pressure is given to the child, or active, where the child actively takes part in a heavy work activity. 

Passive proprioceptives activities:- 

  1. Let your child lie on a mat or folded blanket and pack pillows on top to make him into a pizza or sandwich. Very Important: Never cover your child's face.  
  2. Weighted vests, weighted blankets and lap blankets are also effective ways to give passive proprioceptive input.
  3. Hand-held massager

Active proprioceptives activities (Let muscle work hard):-

  1. Let your child carry groceries, sweep the yard, dig in the garden etc.
  2. Jumping on a trampoline and climbing on playground equipment.
  3. If your child struggles to sit still to listen to a lesson, then try a stress ball to squeeze, chewing gum, or a special chew toy to give proprioception input.
  4. If your child struggles to sit still to listen to a lesson, then try a stress ball to squeeze, chewing gum, or a special chew toy to give proprioception input. 
  5. Banyak lagi diceritakan di sini.

So, based on teacher wawa py nasihat, dia suh buat pgg joint tangan firdaus supaya firdaus x dpt gerak (passive) selama dlm seminit gitu. Then, perbanyakan aktiviti dia main kt playground mcm monkey bar biar dia try bergayut (active). Ajar dia bg dia pegang je dlu awal2 ni. Tengah2 bulan posa ni x sure la abahnye larat ke x nk angkat firdaus y sihat lagi comel tu naik monkey bar. Tapi aktiviti2 lain eg: cuci kereta, shovel pasir, lari, angkat barang groceries tu InshaAllah boleh dipraktikkan.

Dua 3 hari ni zila bg firdaus main game apps Animal Puzzle for Kids dlm playstore. Sebab firdaus ni asik buka youtube. Dr tgk you tube, saya lebih suka dia main game berbentuk interaktif y boleh buat dia berfikir dan bg tindakbalas. tambahan pula, dok tgk youtube slalu sgt, habis data maknye. So, awal2 tu sja try bg kt dia tunjuk mcm mn nk main. Sbb firdaus mmg suka main benda2 y konsep puzzle. Then dia settle puzzle tu muka selamba belagak jeling2 konon tgk tv. budget berlagak senang sgt la kot. hahhahaha.. Mgg lepas tu mak dia kena sembunyikan phone sbb dia asik nk main game tu jer. Rasa bagus juga apps ni, pic comel2, then tidaklah terlalu complicated untuk budak 2 thun 8 bulan main. Di, akhit puzzle tu dah selesai dia akan kluar sound cakap haiwan itu haiwan apa. So at the same time, dia boleh blajar nama binatang.

Antara puzzle yang comel2 belaka.


ok, itu sahaja nikilan maknye firdaus pada kali ni. Harap serba sedikit beri manafaat pada yang lain. TQ. 
 

Perjalanan Hidupku di bumi Allah Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting