Assalamualaikum..
Fuhhh.. Fuhhh.. tiup habuk.. lama sangat update sebarang perkembangan. Terlalu buzy dengan kehidupan bersama seorang suami tercinta dan 2 org anak (baru 2 org anak). Sepanjang kehadiran anak kedua saya pelbagai pahit, manis suka duka berselang seli bercampur baur.
Firdaus dilihat perkembangan yang lambat dari segi speech dan ada some signs of autism. Buat masa sekarang, tiada sebarang maklumbalas dari pihak hospital serdang berkenaan appointment yang seterusnya. Jadi dipendekkan cerita, saya dan suami bawa firdaus utk assessment di An-Nur. Setakat ini, doc masih belum sahkan bahawa firdaus ini autism atau tidak kerana doc masih mahu lihat perkembangannya. Sementara itu, firdaus join program terapi di Excel Caliph di HQ Bangi.
Setakat la ni (sekarang), Alhamdulillah firdaus seronok pergi terapi dan banyak perubahan positif. Antaranya:-
- Sudah mahu toleh dan lihat bila dipanggil.
- Faham arahan simple seperti cari botol susu, tanggal kasut, beri barang bila kita minta dll.
- Puzzle skill agak mengagumkan. Settle simple puzzle tok 3years+ dlm masa y singkat.
- Sudah boleh dibawa jalan kemana-mana tanpa stroller. Kurang berlari sana sini.
- Dan byk lg. (x larat nk taip byk)
Terapist itu sendiri cakap kalau firdaus ada autism pun maybe border shj. Doa2 la firdaus beri perkembangan positif terhadap terapi. Antara kengkangan utama yang saya dan suami hadapi is MONEY. Terapi swasta normal rate memang mahal (RM480), tapi demi anak saya banyak pujuk suami tok teruskan juga memandangkan firdaus seronok dan beri perkebangan positif. Dengan keadaan suami seorang berkerja, bayaran semua bil terletak kt batu jembala dia, i know abang. Berat sangat nak tanggung. Selalu juga suami mengeluh, kawannya boleh simpan 1k sebulan, buat umrah bla.. bla.. bla.. dll.. duit yang kami ada pula cukup2, kl dibuatnye emergency ke apa mmg silap2 -ve. Saya selalu sabarkan, sabar la abang, nanti sy keje hidup kita maybe berubah, hidup kita makin senang. Tapi sementara tu mmg mendengar je la org sekeliling baik family sendiri, family mertua, sedara2.. Hidup mesti ada turun naik.
Suami plak jenis cermat jimat and kadang2 bergaduh juga bila kdg2 melencong ke arah kedekut. Y bini dia plak sometimes boros (esp bila melibatkan barang untuk anak2), x reti jaga barang dan mcm2. Hari ni merupakan hari ke8 kita berpuasa and sy still x pernah rasa and tgk makanan di bazaar ramadhan. sedih x? suami katenya nk berjimat la makan kat rumah. masak sendiri jimat, walhal kita tgk bukan x de duit pe sgt pun y x nak langsung makan luar langsung. Iye. Saya mmg ok jer masak, sbb sy jenis org y masak setgh jam je kt dapor. masak bodo2 jer lauk 2 3 jenis sudah. ada protein, fiber (sayur) and benda2 berkuah sikit cukup. Alhamdulillah la anak2 pun semua turun belah suami, x kisah pe sy masak, makan tambah je 2 pinggan.
macam2 la ragam. setakat y mampu kita isteri ikut je la.. ragam laki memasing kan.. dia x perfect, kita isteri pun x perfect. pakat sama2 tolak ansur je la.. sy ni lak sakit tiroid hormon x stabil slalu. keje nk marah je hangin satu badan kl x kena pape. Tgk tv mmg keje nangis jer sbb rs sedih sgt dgn jalan cerita masing2. sampai suami pernah ty nape nangis. sy ckp sedih la tgk ni. emm.. permainan hormon. benda y sy susah nk kawal sometimes. dia ibarat perempuan hormon x stabil time dtg bulan darab kuasa 3. Sabar je la. Saya pernah tgk conference kat tv9 ka mn x tau. penceramah dia prof org arab. kata2 dia mmg buat sy berfikir. dia ty biasakah kita rasa penat sangat jaga anak2, jaga suami, jaga rumah, jaga kucing, jaga pokok, kena masak, cuci dan mcm2 tetapi tiada siapa berterima kasih pada kita? suami sendiri pun tidak berterima kasih? ramai mak2 dlm tu mengangguk. Dia cakap, biarlah kl suami dan anak2 sendiri x reti nk berterima kasih. Kita kena tau, apa pengorbanan y kita buat jg suami, anak2 rumah semua Allah nanpak. Satu butir zarah pun Allah x terlepas. Dah la Allah py balasan amat manis. Jadi x perlu layan perasaan terasa hati semua tu. Allah balas manis sgt nanti. InshaAllah.
Memandangkan saya dan suami ada kengkangan masalah duit, terapi firdaus telah bertukar once in 2 weeks.. means 2 times in a month. So skrg sy byk rancang aktiviti y sy boleh lakukan untuk home theraphy. InshaAllah from time to time i will update the activities and how i do the theraphy. Since i am currently doing my research, mmg mencabar untuk mencari masa untuk buat terapi. actually terapi ni x semestinya kita duduk semeja and buat aktiviti. semua perkara kita kena lakukan di hadapan anak adalah terapi. How kita terlibat dlm segala aktivitinya, bagaimana kita bercakap dan bagaimana kita approach anak supaya kita ni boleh join dlm aktiviti dia. Ada few group fb yang saya ikut untuk buat terapi. Sapa y berminat boleh click the links. Kebanyakkan darinya berasal dari pengalaman mommies y ada anak autism.
Melihat tajuknya, redha atau tidak? Kita sememangnya akan diuji dalam pelbagai bentuk, cabang, warna, keadaan, situasi mcm2. Dugaan ini semuanya datang dari Allah untuk lihat sejauh mana kita ingat dengan Allah. Allah hendak duga kita, sejauh mn kita sayang dekat Allah. Benar.
Melihat perkembangan firdaus yang 'lain' dari kanak-kanak lain, saya sudah terdetik dalam hati. Adakah aku sudah cukup kuat nak tempuh dugaan semua ni? Benda2 yang melibatkan anak ini lain dari penglibatan diri sendiri, lain dari keluarga ayah ibu adik beradik. Dia bonding dia lain. Terlalu dekat. Ibarat, kl cubit peha kiri, peha kanan terasa juga sakitnya. Jika nk ibarat bonding ibu dengan anak, cubit peha kiri, peha kanan sakit lebam dan bernanah. Begitu jugalah apa yang saya rasa ketika ini. Pandangan org luar terhadap firdaus. Pandangan keluarga sendiri terhadap firdaus. Penerimaan mereka terhadap keadaan firdaus.
Saya tahu kita manusia ini x sempurna. Begitu juga saya, bila saya bersemangat, aura positif itu berjaya lenyapkan segala sangsi dan kesedihan. Tapi pabila bertalu2 telinga dan mata ini melihat layanan bias yang diterima oleh firdaus esp dari keluarga sendiri, saya rasa pilu, sebak sedih teramat sampaikan air mata pun saya x terasa meleleh di pipi. Sejujurnya, saya redha, saya terima kurang lebih firdaus. Tetapi, hati sanubari saya sangat positif y keluarga saya masih x dapat terima keadaan firdaus. He is so special. You just need to know him. Firdaus memang berbeza dari cucu2, sepupu2, anak2 sedara yang lain. He just being different, bukannya perlu layanan yang 'different' dari org lain2. Ntah lah, memang ini habuan dugaan saya, saya ke terima, saya kena redha. Ini semua aturan Allah. Sesungguhnya, ini adalah yang terbaik.

Okeh. tutup bab itu. x mau dah pandang2 benda -ve. Nanti kita pun jadi -ve. G masak lagi bagus. Perut pun dah lapaq. Jom masuk dapoq bakaq apa y patut. Bubbye..
0 comments:
Post a Comment