Friday, September 2, 2016

Redha atau tidak?

Posted by Zila at 4:12 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Fuhhh.. Fuhhh.. tiup habuk.. lama sangat update sebarang perkembangan. Terlalu buzy dengan kehidupan bersama seorang suami tercinta dan 2 org anak (baru 2 org anak). Sepanjang kehadiran anak kedua saya pelbagai pahit, manis suka duka berselang seli bercampur baur.

Firdaus dilihat perkembangan yang lambat dari segi speech dan ada some signs of autism. Buat masa sekarang, tiada sebarang maklumbalas dari pihak hospital serdang berkenaan appointment yang seterusnya. Jadi dipendekkan cerita, saya dan suami bawa firdaus utk assessment di An-Nur. Setakat ini, doc masih belum sahkan bahawa firdaus ini autism atau tidak kerana doc masih mahu lihat perkembangannya. Sementara itu, firdaus join program terapi di Excel Caliph di HQ Bangi. 

Setakat la ni (sekarang), Alhamdulillah firdaus seronok pergi terapi dan banyak perubahan positif. Antaranya:-


  1. Sudah mahu toleh dan lihat bila dipanggil.
  2. Faham arahan simple seperti cari botol susu, tanggal kasut, beri barang bila kita minta dll.
  3. Puzzle skill agak mengagumkan. Settle simple puzzle tok 3years+ dlm masa y singkat. 
  4. Sudah boleh dibawa jalan kemana-mana tanpa stroller. Kurang berlari sana sini.
  5. Dan byk lg. (x larat nk taip byk)
Terapist itu sendiri cakap kalau firdaus ada autism pun maybe border shj. Doa2 la firdaus beri perkembangan positif terhadap terapi. Antara kengkangan utama yang saya dan suami hadapi is MONEY. Terapi swasta normal rate memang mahal (RM480), tapi demi anak saya banyak pujuk suami tok teruskan juga memandangkan firdaus seronok dan beri perkebangan positif. Dengan keadaan suami seorang berkerja, bayaran semua bil terletak kt batu jembala dia, i know abang. Berat sangat nak tanggung. Selalu juga suami mengeluh, kawannya boleh simpan 1k sebulan, buat umrah bla.. bla.. bla.. dll.. duit yang kami ada pula cukup2, kl dibuatnye emergency ke apa mmg silap2 -ve. Saya selalu sabarkan, sabar la abang, nanti sy keje hidup kita maybe berubah, hidup kita makin senang. Tapi sementara tu mmg mendengar je la org sekeliling baik family sendiri, family mertua, sedara2.. Hidup mesti ada turun naik. 


Suami plak jenis cermat jimat and kadang2 bergaduh juga bila kdg2 melencong ke arah kedekut. Y bini dia plak sometimes boros (esp bila melibatkan barang untuk anak2), x reti jaga barang dan mcm2. Hari ni merupakan hari ke8 kita berpuasa and sy still x pernah rasa and tgk makanan di bazaar ramadhan. sedih x? suami katenya nk berjimat la makan kat rumah. masak sendiri jimat, walhal kita tgk bukan x de duit pe sgt pun y x nak langsung makan luar langsung. Iye. Saya mmg ok jer masak, sbb sy jenis org y masak setgh jam je kt dapor. masak bodo2 jer lauk 2 3 jenis sudah. ada protein, fiber (sayur) and benda2 berkuah sikit cukup. Alhamdulillah la anak2 pun semua turun belah suami, x kisah pe sy masak, makan tambah je 2 pinggan.


macam2 la ragam. setakat y mampu kita isteri ikut je la.. ragam laki memasing kan.. dia x perfect, kita isteri pun x perfect. pakat sama2 tolak ansur je la.. sy ni lak sakit tiroid hormon x stabil slalu. keje nk marah je hangin satu badan kl x kena pape. Tgk tv mmg keje nangis jer sbb rs sedih sgt dgn jalan cerita masing2. sampai suami pernah ty nape nangis. sy ckp sedih la tgk ni. emm.. permainan hormon. benda y sy susah nk kawal sometimes. dia ibarat perempuan hormon x stabil time dtg bulan darab kuasa 3. Sabar je la. Saya pernah tgk conference kat tv9 ka mn x tau. penceramah dia prof org arab. kata2 dia mmg buat sy berfikir. dia ty biasakah kita rasa penat sangat jaga anak2, jaga suami, jaga rumah, jaga kucing, jaga pokok, kena masak, cuci dan mcm2 tetapi tiada siapa berterima kasih pada kita? suami sendiri pun tidak berterima kasih? ramai mak2 dlm tu mengangguk. Dia cakap, biarlah kl suami dan anak2 sendiri x reti nk berterima kasih. Kita kena tau, apa pengorbanan y kita buat jg suami, anak2 rumah semua Allah nanpak. Satu butir zarah pun Allah x terlepas. Dah la Allah py balasan amat manis. Jadi x perlu layan perasaan terasa hati semua tu. Allah balas manis sgt nanti. InshaAllah.


Memandangkan saya dan suami ada kengkangan masalah duit, terapi firdaus telah bertukar once in 2 weeks.. means 2 times in a  month. So skrg sy byk rancang aktiviti y sy boleh lakukan untuk home theraphy. InshaAllah from time to time i will update the activities and how i do the theraphy. Since i am currently doing my research, mmg mencabar untuk mencari masa untuk buat terapi. actually terapi ni x semestinya kita duduk semeja and buat aktiviti. semua perkara kita kena  lakukan di hadapan anak adalah terapi. How kita terlibat dlm segala aktivitinya, bagaimana kita bercakap dan bagaimana kita approach anak supaya kita ni boleh join dlm aktiviti dia. Ada few group fb yang saya ikut untuk buat terapi. Sapa y berminat boleh click the links. Kebanyakkan darinya berasal dari pengalaman mommies y ada anak autism.

Melihat tajuknya, redha atau tidak? Kita sememangnya akan diuji dalam pelbagai bentuk, cabang, warna, keadaan, situasi mcm2. Dugaan ini semuanya datang dari Allah untuk lihat sejauh mana kita ingat dengan Allah. Allah hendak duga kita, sejauh mn kita sayang dekat Allah. Benar. 

Melihat perkembangan firdaus yang 'lain' dari kanak-kanak lain, saya sudah terdetik dalam hati. Adakah aku sudah cukup kuat nak tempuh dugaan semua ni? Benda2 yang melibatkan anak ini lain dari penglibatan diri sendiri, lain dari keluarga ayah ibu adik beradik. Dia bonding dia lain. Terlalu dekat. Ibarat, kl cubit peha kiri, peha kanan terasa juga sakitnya. Jika nk ibarat bonding ibu dengan anak, cubit peha kiri, peha kanan sakit lebam dan bernanah. Begitu jugalah apa yang saya rasa ketika ini. Pandangan org luar terhadap firdaus. Pandangan keluarga sendiri terhadap firdaus. Penerimaan mereka terhadap keadaan firdaus. 

Saya tahu kita manusia ini x sempurna. Begitu juga saya, bila saya bersemangat, aura positif itu berjaya lenyapkan segala sangsi dan kesedihan. Tapi pabila bertalu2 telinga dan mata ini melihat layanan bias yang diterima oleh firdaus esp dari keluarga sendiri, saya rasa pilu, sebak sedih teramat sampaikan air mata pun saya x terasa meleleh di pipi. Sejujurnya, saya redha, saya terima kurang lebih firdaus. Tetapi, hati sanubari saya sangat positif y keluarga saya masih x dapat terima keadaan firdaus. He is so special. You just need to know him. Firdaus memang berbeza dari cucu2, sepupu2, anak2 sedara yang lain. He just being different, bukannya perlu layanan yang 'different' dari org lain2. Ntah lah, memang ini habuan dugaan saya, saya ke terima, saya kena redha. Ini semua aturan Allah. Sesungguhnya, ini adalah yang terbaik.

Okeh. tutup bab itu. x mau dah pandang2 benda -ve. Nanti kita pun jadi -ve. G masak lagi bagus. Perut pun dah lapaq. Jom masuk dapoq bakaq apa y patut. Bubbye..












Monday, June 20, 2016

Terapi OT Dengan Teacher Baru

Posted by Zila at 11:56 PM 1 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya,

Rini firdaus g terapi di excel caliph, bangi. Oleh kerana jadual sudah dianjak awal setengah jam berikutan jadual bulan puasa, firdaus dpt slot paling awal start 8.30am. maknye pun seram2 awal tu takut firdaus x bangun awal sbb tido lewat ke mcm2. Alhamdulillah dia tido awal. So, sempat berkejor g terapi even tho lewat 10 minit. :-P 

Teacher Firdaus sebelum ini adalah teacher ami, tp oleh kerana nk ubah jadual supaya jadi 2 minggu sekali g terapi di excel caliph, teachernye kena ubah jgk sbb nk bg seiring dgn seorang lg student y schedule sama 2 minggu supaya boleh selang seli sesi terapi. Sekarang firdaus dpt teacher baru, teacher wawa. Actually teacher wawa ni dah lama dah zila dok sembg2. Baik sweet gitu. Pregnant dlm 6-8bulan. So, takut2 jgk kl dia x nk dgn teacher baru. 

Awal2 tu teacher ami y jemput masuk, then x lama tu dgr firdaus dok nangis. Dok terfikir 2 benda jer, samaada diorg buat oral massage or diorg tukar game. Firdaus mmg belom overcome prob oral2 ni sepenuhnya. Sekarang dia ok boleh buka mulut bg kita gosok gigi sikit2, tp lama2 dia x mau. Kl buat massage tu mcm dia x suka lg. 1 more dia mmg akan nangis kl dr 1 game nk pindah ke game lain nangis juga. dia nk main lg game tu, x dpt nangis lg. fuhhh..   

Nasib dengar nagis x lama, then dah habis sesi nangis lagi.. hahahha.. itu ler keje dia, nk main je, g terapi x nak balik. Then postmortem, teacher wawa ckp firdaus boleh buat task kt meja sampai habis, dia x de prob dlm kognitif. Cuma prob hari ini bila teacher buat PROPRIOCEPTIVE ACTIVITIS, firdaus x nak, dia beria2 nagis. Terpinga2 zila ty apa tu? buat mcm mn? Then teacher terangkan sal sensory py therapy, proprioceptive. So zila sertakan maklumat dari sini as maklumat tambahan la bagi kita sama2 lebih memahaminya.

Proprioception - Information from the muscles and joints.

Proprioceptive activities are excellent sensory integration activities for kids who are always craving movement and crashing into things. They can also help stimulate a lethargic child.

Proprioceptive activities can be passive, where deep pressure is given to the child, or active, where the child actively takes part in a heavy work activity. 

Passive proprioceptives activities:- 

  1. Let your child lie on a mat or folded blanket and pack pillows on top to make him into a pizza or sandwich. Very Important: Never cover your child's face.  
  2. Weighted vests, weighted blankets and lap blankets are also effective ways to give passive proprioceptive input.
  3. Hand-held massager

Active proprioceptives activities (Let muscle work hard):-

  1. Let your child carry groceries, sweep the yard, dig in the garden etc.
  2. Jumping on a trampoline and climbing on playground equipment.
  3. If your child struggles to sit still to listen to a lesson, then try a stress ball to squeeze, chewing gum, or a special chew toy to give proprioception input.
  4. If your child struggles to sit still to listen to a lesson, then try a stress ball to squeeze, chewing gum, or a special chew toy to give proprioception input. 
  5. Banyak lagi diceritakan di sini.

So, based on teacher wawa py nasihat, dia suh buat pgg joint tangan firdaus supaya firdaus x dpt gerak (passive) selama dlm seminit gitu. Then, perbanyakan aktiviti dia main kt playground mcm monkey bar biar dia try bergayut (active). Ajar dia bg dia pegang je dlu awal2 ni. Tengah2 bulan posa ni x sure la abahnye larat ke x nk angkat firdaus y sihat lagi comel tu naik monkey bar. Tapi aktiviti2 lain eg: cuci kereta, shovel pasir, lari, angkat barang groceries tu InshaAllah boleh dipraktikkan.

Dua 3 hari ni zila bg firdaus main game apps Animal Puzzle for Kids dlm playstore. Sebab firdaus ni asik buka youtube. Dr tgk you tube, saya lebih suka dia main game berbentuk interaktif y boleh buat dia berfikir dan bg tindakbalas. tambahan pula, dok tgk youtube slalu sgt, habis data maknye. So, awal2 tu sja try bg kt dia tunjuk mcm mn nk main. Sbb firdaus mmg suka main benda2 y konsep puzzle. Then dia settle puzzle tu muka selamba belagak jeling2 konon tgk tv. budget berlagak senang sgt la kot. hahhahaha.. Mgg lepas tu mak dia kena sembunyikan phone sbb dia asik nk main game tu jer. Rasa bagus juga apps ni, pic comel2, then tidaklah terlalu complicated untuk budak 2 thun 8 bulan main. Di, akhit puzzle tu dah selesai dia akan kluar sound cakap haiwan itu haiwan apa. So at the same time, dia boleh blajar nama binatang.

Antara puzzle yang comel2 belaka.


ok, itu sahaja nikilan maknye firdaus pada kali ni. Harap serba sedikit beri manafaat pada yang lain. TQ. 

Wednesday, June 3, 2015

Welcoming my second child.. Nur Jannah Binti Mohd Azrin

Posted by Zila at 1:30 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Lama sgt x update post sbb sangat bzy dgn jadual kehidupan masing-masing. Alhamdulillah tanggal 26 May 2015, saya telah selamat melahirkan seorg puteri weighted 2.6kg di Mahsuri, Jitra Kedah. Pengalaman bersalin pada kali ini pastinya suatu pengalaman yang berlainan.

25 May 2015
Petangnya saya menyambut kepulangan ayahanda tercinta dari umrah. Saya sebenanrnya rasa tidak berapa sedap hati kerana baby kurang bergerak. Then, setelah bincang dengan mak saudara semua, lepas maghrib saya bertolak ke mahsuri, konon hendak check keadaan baby.

Then, doc check ckp air ketuban saya skit (lebih kurg kes firdaus) tapi kali ni doc concern sbb takut baby terbelit umbilical cord. Then suggest tok induce. saya x berapa nak. Doc minta check bukaan. Check tgk dah 2cm nk masuk 3cm. Haaaah???? Terkejut saya.. sbb x sakit n trun tanda apa. Then doc ckp x payah induce tapi kna warded sbb dah buka jalan. Saya minta balik kejap ambik barang2 semua. Lepas tu dalam pkul 11.30 warded.

26 May 2015
Start pkul 1am ke atas dah start rasa contraction y kuat. tapi masih boleh tahan, x brp sakit sgt time tu. makin lama makin sakit. masih bertahan x mau ambik apa2 medical epi ke ape. Start kul 4am tu mmg x tahan sangat saya minta check bukaan and minta apa2 ubat. By that time dah 5cm, diberi ubat cucuk montot konon boleh buat rs mengantuk tp sakit tetap rasa mcm biasa. Then,ada la rasa mengantuk2 skit. tp x la sangat. contraction dtg setiap 5 minit. pelik sangat sbb nurse mcm rilex x bawa g labor room ke ape. Doc pun x call lagi. Walhal saya ni dah penah branak sblm ni. gap antara anak pun dekat. Patut bukaan cepat. Dalam kul 5.30am mcm tu rs nk terkencing. sakit pun dah mcm x boleh nk tahan. G kencing x kluar kencing, rs nk teran ja. Panggil nurse check dah 7cm. Kelam kabut 2 org nurse panggil doc, tolak katil nk bg masuk labor room. Dalam labor room saya mmg nk teran sangat.. sambil ckp nk teran sgt nehhh... Berlari ke sana sini nurse tu . Kaki semua pun x sempat setup. Dia ckp x sempt tunggu doc, diorg y sambut. Teran 4 5 kali, Alhamdulillah, selamat. Nurse letak baby atas perut. nangis2 dia. Perasan banyak plak darah. Time firdaus dlu x de darah sgt pun. 5 minit lepas bersalin doc pun sampai. Doc check luka banyak, 2nd degree tear. Patut pun banyak darah. Mak yang teman dalam labour room. Lakiku x sempat. Sob.. Sob.. Udah berkali call suruh balik awal, tapi dia kna g singgah ambik mertua kt kuala selangor. Kiranya dia x penah teman saya tahan sakit contraction. Sedihnye.. tapi x pe la. dah selamat. Mak cakap nurse tu tadah tangan jer sambut baby.. huhuhu.. maybe sbb tu luka byk jgk. nasib la bersalin x sempt doc sambut. Terkilan skit dgn service mahsuri, 5cm masih rilex x bawa masuk labour room. dah 7cm kelam kabut habis. Doc tanya, tahan sakit x nk jahit, opp kossss....jawapannya x tahan.. Doc bagi ubat tido. Sedar2, masih dalam labour room tapi dah berjahit. Mak mertua, bapak mertua n suami pun sampai. Minta nak bf baby, tp nurse ckp baby kna bg fm dlu sbb saya ambil ubat tok jahit. takut lepas ke baby. Adus.. redha je la.. niat x nk langsung sumbat fm.

Dah pndah ke bilik, dapat la jumpa baby + sedara2 dtg melawat. Doc yang bersalin tu Dr Haida. Siangnye Dr Rohana  datang check baby and check jahitan. Semua ok cuma kna tunggu baby pee. Poo dah byk kali tapi pee belom. Saya konon marmet la colestrum dlm spoon sbb baby mcm x pandai hisap nipple lg. Minta shringe nk suap kt baby. Nurse yang dtg tu ckp kl bg dlm botol susu fm dia akan hisap lg efficient. Haa.. sudah.. Mahsuri ni x bf friendly ke? Then datang sorg lagi nurse ckp bill dah print kluar, tapi baby x pee lagi so diorg nk suap lg fm supaya baby kencing. Adoi.. Mesra FM diorg ni.. terpaksa la redha.. dah selang beberapa jam dekat maghrib, dtg plak sorg lg nurse ckp baby x pee lagi, jadi dia suggest buat surat untuk risiko sendiri keluar hospital. Kl baby sampai esok x pee, diorg suruh bawak dtg balik baby. Adoi.. dah sumbat fm pun x kencing2 jadi sia2 plak. Bill kena dalam rm2300. Murah skit je dari Az-Zahhrah Bangi.

Dah bawa balik try bf tp baby x brp pandai. Habis sekeliling suruh sumbat fm. Bagi la fm dalam botol, x reti jgk dia hisap tp dia hisap jugak mn2 y menitis atas mulut. Tanpa putus asa, bf jgk la si Jannah. Lama2 dia mcm pandai hisap dua2 belah. Tapi still mix dgn fm la. Family aku jenis x penah fully bf anak. So mmg sekeliling akan PAKSA jgk topup fm. Apa nak buat, nasib. Awal2 tu Jannah mmg merenggek mcm nk susu je like sepanjang masa mcm x puas. Aku bf je sekerapnya, x nak belah ni, bagi sebelah lagi, then pusing balik, patah balik.. hahaha.. sampai dah 2 3 kali rotate nangis2 sampai ayah aku jeling maut suh bg fm. Baru la aku bagi skit. Tu pun 0.5oz jer. Mmg dia hisap mcm org lapar gila. Semua org tgk maka mengukuhkan aku salah."tgk anak hisap.. lapar dia" Ye, tau la susu aku x banyak lagi, tapi rasanya cukup je sbb perut dia pun mmg x besar sgt. Dugaan sekeliling ni mmg menguji kesabaran n iman. nak buat mcm mn.

Kuning plak hari ke 3 naik sampai 191. Aku bg je bf sekerap habis. Boleh kate setiap saat mmg keje menghisap je. Mak aku bawak g check kuning, nurse bebel kata sumbat botol tu y kuning dok naik. Then, baru mak mcm tersedar n galakkan aku bf baby byk2. Esoknya, naik skit je 195. Then masih cekal bf sepanjang masa. tapi rs mcm susu makin ada. Jannah pun dah x meragam kl hisap susu. Start from that day, mmg kunig trun mendadak 164. Then dah kurangkan kekerapan check kuning. Susu plak makin lama makin banyak plak. tapi si Jannah ni mmg kerap minta susu. Skrg, semua ckp susu aku dah ada, jadi baby pun tido nyenyak... emm.. ye la.. malas nk bahas isu bf ni.. ckp salah, pendam sendiri je la.

Alhamdulillah arini hari ke 8. Kuning pun trun lagi 152. Harap2 akan trus trun, susu makin banyak and aku boleh start makan ubat bersalin salindah.

Next entry akan aku update berkenaan Cloth diapering dua2 anak (firdaus n jannah) and Cloth Pad (Postpartum).. Saya mmg support green life and natural parenting. Stay Tune!


Monday, April 7, 2014

Misi memperbanyakkan susu..

Posted by Zila at 12:05 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Sorry for so loonngggggg no update.. banyak keje.. being a mom to an energetic baby is avery critical situation i must say..  mana nk masak, kemas rumaah lagi. penat Allah je y tahu..

Im in a huge dilemma.. I dont know what to do.. Pray for me pls.. doakan perjalanan hidup dijauhkan dari sebarang benda x baik..(nanti ada masa saya critakan)

ok.. misi sekrg adalah memperbanykkan susu.. saya sorg y SANGAT tingin nk fully bf.. tapi banyak kengkangan untuk kosongkan breast.. skrg susu dah mcm skit balik.. jadi kita kena aturkan jadual pam. KENA RAJIN.. KENA RAJIN.. Allah akan balas segala pengorbanan kita nanti..

ok jadual skrg..


3.00am - pump 20 minutes
6.00am - Power pumping 1hr
8.00am - dl
9.30am - pump 20 minutes - surau
12.00am - pump 20 minutes - pantry
2.00pm - pump 20 minutes - surau
4.30pm - pump 20 minutes - surau
5.00pm - dl
8.00pm - pump 10 minutes
12.00pm - pump 20 minutes

Firdaus mungkin akan mengamuk mlm tu sbb susu dah pam.. x laju.. jadi maybe akan standby siap2 susu sblm pam tgh malam.. InshaAllah mama akan ikut jadual kali ni.. JANJI!!

Harap2 susu mama bertambah dan boleh kenyangkan firdaus memandangkan dah start solid food.. so dah kurang minum susu..  Aminnnnnnnnnnn...

Thursday, December 12, 2013

My new journey being a mom...

Posted by Zila at 9:29 PM 0 comments
Alhamdulillah.. Sudah 10 minggu menjadi seorg ibu.. journey y sgt challenging n at the same time full of joy.. :-) hajat hati nk sgt fully bercding n breastfeed.. tapi.. CDing je berjaya wat fully.. breastfeed separuh jln jer.. susu x byk.. anak plak mkan mcm bapaknye.. org lain 4oz tu umo 4 bulan, dia 2mo+ udah 4oz.. tapi bila dah pasang niat nk fully bf, cekalkan jgk hati usahakan mn2 y patut jgk tok bfkan anak tersayang kan.. ok la.. from 1oz paling byk, skrg paling byk pam dpt 5oz.. berkat usaha n sokongan rakan2 sekeliling.. akan berusaha lagi lepas ni..

Memperkenalkan Muhammad Firdaus Bin Mohd Azrin. Lahir di Az-Zahrah Bangi.

Kecik jer.. 2.6kg..



dah botak di hari ke-7

My 10 weeks bucuukkkk...


Ikut muka sapa? campur2 mak ayahnye.. awal2 kat az-zahrah udah campur FM.. sedih sgt.. tp badan saya pun x sihat, siap pengsan 2 kali lagi.. terlalu penat..(penat buat program tok budak sek + menunggu smlaman di kerusi di hos serdang :-( sedih sgt ) x nak crita x best.. kang susu kurang.. hihihihi..

Alhamdulillah semua support bercd.. terutama husband.. tolong cucikan lagi mlm2 (kadang2 kl rajin).. Sje nak tayang stash cd firdaus..

Babyland - my fav - fit dgn kaki anak y x brp nk bambam.. BEST!

QQ, x guna lagi sbb bulky je kt bontot anak. tunggu besar skit kita guna..

Koleksi Ai2, soaker semua tgh prewash at dis moment..

Koleksi fitted sbb ada y dah x muat n x sesuai dgn anak sbb merah kl pakai fitted..
n ada 1 lg drawer habuan merasa cd2 mahal2 :-) tp gambar udah terdelete.. nanti la kl sempat upload lain...

CDING - DONE
BF - ON PROGRESS hehehehe..

ok start skrg kita set jadual pump n buat power pumping tok bykan susu... nanti saya sharekan jadual.. sama2 doakan yang terbaik untuk anak.. Ya Allah.. banyakkanlah susuku, kenyangkanlah anakku dgn susuku.. aminnn....

kan siapkan keja y belunggok2.. daa dlu... askm...






Saturday, August 3, 2013

Kisah 28w pregnancy

Posted by Zila at 3:34 PM 0 comments
Checkup last thursday nurse suh kira carta gerakan baby, disuruhnye kira gerakan keras shj from 9am to 9pm, y baby usik2 x yah kira, kl baby gerak byk2 kali dlm satu masa perlu dikira sekali shj. Kna bg cukup 10x, kl x cukup trus g hos. Sgt igt ckp nurse tu sbb otak dah curious, baby mengeras rs2 dlm 3 or 4 kali je shari.

X puas hati kebetulan kna g jumpa doc dengkil, bila ditanya berkenaan hal baby mengeras shj dikira, doc ckp maybe sbb baby kecik lg, jadi dia gerak biasa2 pun kira je.. ok. noted.

then, kemarin mmg baby x brp nak gerak, kl ikut kira2 tu dlm 6x je, g klinik tok check air kencing sbb dehydrate takut kna kencing kotor dkt klinik swasta, x pasal2 disuruhnye refer ke hos kajang, berikutan baby kurg gerak, siap buat ayat "g je checkup hos, mn tau masih boleh diselamatkan" x pasal2 hati tgh sronok nk balik kpg berdegup sgt laju, lantas g hos kajang.

Sampai hos kajang, doc dgn nurse tu pelik, knp baru 28w dah start kira carta gerak, kl ikut doc tu, anak sulung slalunye week 30 baru start kira sbb anak sulung ni semuanya lambat skit. jwpn sy snang "Saya ni x de pengalaman, kl nurse or doc kata A, saya akan buat A". Ye la kan, mmg x de pengalaman. x pe, dia scan semua, jantung baby berdegup ok jer. sempat plak y sharian sblm2 ni kurang bergerak, boleh plak ditendangnye doc time tgh scan "Aaa.. tu dia tendang" doc tu pun gelak jer.. "Ni pun sy baru rs dia gerak kuat hari ni". Haish.. anak mama ni, depan doc bukan main baik lagi.. Buat malu jer.. dah la tendang dua kali.

Then doc ckp, kl ikut ni, dia dah gerak 2 kali, sy mention y nurse ckp kl gerak byk kali dlm satu masa kita kira 1x jer.. doc tu pelik, spatutnya tu dah kira 2 kali, kl nk kira y besar2 je mmg byk ibu2 y xkan cukup carta gerakan baby.. Adoi pening plak aku, mn satu y betul ni. x pa la.. ikut ckp doc ni la sbb dia keje kt hos bersalin kan. Then dah x de pape, dia tulis2 report then attach kt buku merah, then slamat pulang dgn hati y tenang + MALU. Doc komen kt buku y patience salah faham cara kira carta gerakan baby. Helooooo.. actually sy ikut je nasihat mn y dah diberi, kl info y diberi x tepat, kna betulkan la dekt nurse tu, kang dia beri nasihat slah plak kt patient lain. Tp x pe la, x kisah mn pun, janji baby sihat selamat, dah ok.

Jadi, rakan2 y maybe x de pengalaman leh la ambil pengalam saya untuk dijadikan ilmu tambahan ye. huhuhu.. mcm2...

Thursday, June 13, 2013

Updated checklist baby!

Posted by Zila at 11:34 PM 0 comments
Assalamualaikum semua..

2 3 hari ni mmg x de  mood langsung nak buat pe pun.. serius x de mood. Jadi kita pun apa lg, update je la baby punya checklist. 

Perkembangan baby, Alhamdulillah. Dah dapat rasa baby gerak dgn sgt ketara. Even letak tgn panas2 pun dia akan bg response. Cuma tu la, awal2 ni x selesa tiap kali baby gerak, rasa geli n x slesa. Mcm ada benda dlm perut gerak. nk tido pun susah..x pe la.. lama2 nanti biasa la kot... aminnn...

wokeh, up date barang baby,

Check list (Baby) 

PAKAIAN 

1. Baju Siang (10 helai) - baju lengan pendek + lubang = 12 pasang (tgk x wat checklist kan dah terlebih) - stop beli baju.. DONE

2. Baju Malam (10 helai) - baju lengan panjang = 5 pasang - cukup dah kot.. skrg panas.. DONE

3. Romper & Jumpsuit (10 helai) - 2 psg jumpsuit..*anyway semua baju campur size, NB ada 3 pasang jer.. huhuhu... cukup la kot buat masa ni, kang dah lahir kita topup2.. DONE

4. Baju Jalan2 (5 helai)  - dah tau jantina baru beli.. kang beli pink2 lebey2.. dibueknye kluar jantan.. rugi2.. pkai romper je tok jejalan..

5. Legging/ Baby Tight (10 helai) - lepas bersalin la baru tgk2.. online pun byk.. rs mcm panas jer pakai legging..

6. Mittens & Booties (10 pasang)- dah ada 9 pasang, byknye y berlubang2.. DONE

7. Stocking (10 pasang) - ni pun lepas bersalin .. hold dlu..

8. Bonnet (5 helai) -dah beli 2. Cukup sudah! DONE
 
9. Sapu Tangan (6 helai) - 1 helai (free expo)

10. Bib (2 helai) - niat nak fully BF baby (amin).. x yah la kot.. lgpun dpt free 1 (expo)
DONE

11. Barut (10 helai) - nak suh mak buat (jimat), nak beli kain flannel + cotton kt kamdar..

12. Bedung (5 helai)  - beli napkin pureen corak ladybird (*suka) DONE
DIAPERING 

1. Napkin - DONE

2. Nappy Pins/ Baby Pin - emmm.. rasa mcm x perlu kot.. sbb nak pakai CD cover..DONE

3. Diapers - dah borong 2 pek time pureen clearance sale-  DONE

4. Wet Tissue - dpt bayang mak akan guna tisu tandas + penyembur air tok cuci @#$% baby.. lgpun dah ada skit wet tissu time pureen sale snang tok travel mn2.. DONE

5. Changing Matt - dah ada 1 (pureen) DONE

6. Nappy Liners - niat nak buat sendiri (washable), kna beli microfleece kt kamdar... ok dah ada 2 tujuan ke kamdar..

7. Bakul/ Baldi - dah ada.. pkai mn y ada DONE

8. Plastic Tie-Pants - dah usha thirties cover atau pureen cover.. tgk mn y berbaloi..
9. Tempat sembur air - Blom
10. Tisu toilet - Blom
11. HAD pureen - dah beli.. DONE
 
BABY CARE & GROOMING
1. Bedak Bayi - dah borong pureen DONE
2. Losyen Bayi - emm... blom.. ambik botol kecik je la..
3. Baby Oil - pkai slah satu je la kan.. ambil botol kecik..
4. Sikat -blom
5. Cotton Buds - nak ambik yang kecik..
6. Baby Cologne - x perlu.. sbb bedak pureen udah semerbak wangi ok... DONE
 
7. Baby Shampoo -
DONE 
8. Baby Bath - DONE 
9. Kepit Kuku - OK Baby. DONE

10. Nasal Aspirator - OK Baby. DONE

11. Methylated Spirit - hos kasi kot. 

12. Gripe Water/ Colic Water - guna tok pe ni?????
13. Digital Termometer - blom perlu lg
14. Nappy Cream - tgk keadaan lepas bersalin.. 
15. Toothbrush - perlu ke ??? tgk la kalau jumpa...
16. Travelling Pack - dapat free kt billion DONE
17. Bath tub - tell u the truth, rs semak tgk besen baby tu.. igt nak beli baby bath support jer.. ntah.. hold..
18. Towel (5 helai) - 2 helai towel pureen cukup la kot.. DONE


NURSERING 
1. Set Tilam Kekabu - mama buatkan.. 

2. Set Tilam Biasa - perlu ker?? dah ada bantal kekabu.. x perlu.. DONE 
3. Bantal Kepala (2 biji) - mama buatkan..  

4. Baby Cot - ikut nasihat.. awal2 baby tido skatil dgn mama je la.. kang kl dah melalak x hbis2 kita beli buaian.. hold lpas bersalin..

5. Kelambu - blom..


FEEDING 
1. Botol & Puting Susu - dah beli 3 botol pureen.. cukup la.. kate nk fully BF.. DONE

2. Bottle Sterilizer - Beli Preloved Little Bean DONE
3. Sterilising Tablet - perlu ker.. x yah la..  

4. Berus Botol - pureen DONE

5. Berus Botol - ulang balik ke per ni.. mls nak edit.. DONE

6. Nipple Cream - tunggu berlaku baru beli..

7. Nursing Pad Washable - ada 2 pasang pureen washable.. mcm nk tambh lagi 2 psg..

8. Nursing Pad Disposal - dah ada washable DONE

9. Breast Pump - Dah beli Rumble Tuff DONE

10.Cooler Set Bag - masuk dlm pakej Rumble Tuff DONE

11. Nursing Pillow - suh mama buat...

12. Nursing Bra - ada 3 pasang.. nanti lepas bersalin tambah lg.. 

13. Nursing Cover - dapat 2 cover free mid-v expo (nestle) DONE

14. Termos - nak fully BF.. x perlu termos.. DONE
15. Bottle warmer - Beli Preloved Little Bean DONE





TRAVEL 

1. Bag Baby - blom

2. Bag Warmer for Bottle - masih mencari pakej skali dgn Breast pump.. x perlu kot.DONE

3. Baby Carrier - tunggu baby kluar dlu..

4. Stroller - tunggu baby kluar dlu.. untung2 ada y bagi hadiah... <bertuah la>

5. Car Seat - ambik y adik py.. (ntah ada lg ke tidak) check dgn mama..

LAIN-LAIN 
1. Almari baju baby - dah beli tesco py.. DONE

2. Hanger baju baby - blom

3. Set Bakul Baju & Toiletries Baby - blom
Check list (Mommy)

1. Set Jamu - Beli Tanamera (Preloved) DONE

2. Tungku Mummy - ambik mama py..  DONE

3. Tuam/ Tungku Baby - perlu ker.. x yah kot.. DONE

4. Baju Sejuk (Sweater) - ambik y dah ada kt rumah kedah..

5. Kain Batik - ambik mama py sbb x pakai batik..

6. Stokin (5 pasang) - ada beli kt psr mlm ritu.. 3 pasang.. y dah ada pun byk..DONE

7. Nursing Bra (10 helai) - hold dlu kot.. dah ada 3.. nanti tambah lg..

8. Maternity Pad - Kotex maternity pad (20pads) DONE

9. Towel - pakai mana y ada .. DONE

10.Tukang Urut - diuruskan di kpg kedah.

11. Bengkung - Dapat skali set Tenamera DONE

12. Air Zam-Zam/ Selusuh -blom..

13. Selipar - ada sudah.. DONE
14. Mandian Herba - Termasuk set Tanamera DONE



Yeah, Misi nak lengkapkan pada expo mid bulan depan.... InshaAllah.. Siap awal, leh rehat2 n simpan budget tok benda2 lain lak...

 Ok, jumpa lagi di next nukilan... askm...
 

Perjalanan Hidupku di bumi Allah Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting